Kali ini HENNA ART DESIGN dengan PEKEJ MAWAR dengan design Flora. Corak ukiran yang besar dan tinggi menambah lagi seri pengantin. Jari jemari pengantin di baluti ukiran inai.
Kerja-kerja menginai adalah satu pekerjaan yang peka dengan ketelitian, kerana dengan ketelitian ini akan dapat menghasilkan corak inai yang sempurna.
Disini saya sedang menlangkar corak inai yang dipilih oleh pelanggan saya, inai-inai akan mula kering dibahagian tangan dan melihatkan warna inai di kulit seseorang itu, sedangkan saya masih lagi membuat contengan dibahagian kaki.Ketika process menginai ini, pergerakan amat terhad, demi menjaga corak agar tidak comot atau "rucih". Jika seseorang terlalu banyak bergerak ketika inai masih basah berkemungkinan ada corak yang comot dan hasil nya kurang memuasakan.Menginai dibahagian kaki agak rumit sedikit, beberapa teknik harus diperlakukan dan kerjasam pelanggan juga diperlukan disini. Sebab itu lah sebelum saya memulakan process menginai saya akan bertanya akan keselesaan pelanggan saya.
PEKEJ INAI PERKAHWINAN CODE: DIANA.



No comments:
Post a Comment