Salam all, masa yang cepat berlalu dengan hari hari ku yang penuh dengan kerja harian ku. Dah sampai masa nya yang ku janji kan untuk semua kerja inai ku yang ku buat minggu lepas. Pada hari itu, tempahan ku masuk 2 orang dan berlainan tempat. Jarak yang tidak terlalu jauh. Pelanggan ku pertama namanya SUE saja dipanggil. Salam di beri pembuka kata. Kali pertama bersua muka dengan nya biasa lah macam kawan lama. Aku pun dibawa kebilik pengantin dan dimulakan dengan memilih corak yang di inginkan, sedang menunggu Sue memilih corak yang di inginkan aku sibok menyediakan barang-barang ku. Setelah beberapa minit memilih dah pun jumpa dah tengok corak dan sesuai dengan size tangan okey saya mulakan. Dah tempah Package 50 mestilah ada Free kan.... Dah pun aku contengkan untuk diaorang happy habis. yang sebenarnya family sue nak aku stay back around 1 jam lagi, tapi aku tak dapat tunaikan nya lepas ni nak ke Kg. Jerudong pelanggan yang ke 2. "Sorry ye, gambar tak ambil, sibok sangat tak ada masa".
Jam 10.30 malam aku dalam perjalanan ke Jerudong. Nama pelanggan ni Diyah, mudah-mudahan aku tidak terlambat. Kira-Kira 15 minit aku dah tiba di halaman rumahnya. Biasalah call dulu, mana tau belum ready kan... 3 kali mis call aduh mungkin sibok, okey lah tunggu lagi... Then ada call, Diyah yang call katanya dia nak "MASUK PENGANGUN" selepas ni boleh buat henna. Saya okey saja. Masuk 11.30 malam start buat pilihan design henna. Dan lepas tu buat lah kerja-kerja ku,

Design di kaki atas permintaan pelanggan Diyah. Dia nak macam ini:

Package di pilih:
Package Inai Pengantin 80. Yang Free 3 orang dah tak sanggup nak bergambar. Lihat jam 3.30pagi, pangantin pun sudah mengantuk ni. Kesihan kan....
Okey kerja ku dah sempurna dan selesai alhamdulillah dan Kepada Sue & Diyah selamat pengantin baru, semoga berbahagia keakhir hayat amin......