
Ramai orang diluar sana tidak mengatahui bagaimana menjaga warna inai. Selepas sahaja inai kering, kelihatan warna inai telah masuk ke kulit, dan warna inai bergantung kepada jenis warna kulit dan suhu badan seseorang itu, jika warna kulit putih maka warna inai menjadi jingga (orange) campur merah hati, jika warna kulit kuning langsat warna inai akan menjadi gelap sedikit dari kulit putih, dan jika seseorang itu berkulit hitam manis, warna inai akan menjadi sedikit gelam iaitu menjadi merah darah beku atau merah hati, dan sedikit coklat. Jika awda ingin warna inai tersebut tidak pudar terlalu cepat insyaallah cubalah tips yang saya berikan ini, jika ukiran inai sudah kering, cukup hanya kita mengopak dengan jari, elak kan daripada mencuci dengan air. Jika ada pun lebihan inai yang masih terlekat cukuplah dengan menyapu baby oil. Elakkan dari merendam atau menggunakan sabun terlalu lama, kerana sabun atau serbuk pencuci akan meluntur kan warna inai tersebut.
No comments:
Post a Comment